Yakinlah dengan janji Allah bahawa dengan keikhlasan anda melunaskan tanggungjawab zakat demi saudara Islam maka rezeki kamu juga akan dilipatgandakan.
Surah al-Baqarah (Ayat 261) yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”
Audit Fizikal Tabung Amanah Zakat Sekolah Rendah Ibn Khaldun Terima Maklum Balas Positif
Sekolah Ibn Khaldun telah menerima kunjungan daripada Lembaga Zakat Selangor (MAIS) bersama Jabatan Audit Negara pada 25 November 2024 bagi pelaksanaan audit fizikal ke atas Tabung Amanah Zakat Sekolah Rendah Ibn Khaldun.
Proses audit yang berlangsung di premis sekolah mendapat maklum balas yang baik daripada pihak berkenaan, sekaligus mencerminkan pengurusan zakat yang telus dan efisien oleh pihak sekolah.
Pihak sekolah merakamkan penghargaan kepada LZS dan Jabatan Audit Negara atas kepercayaan serta penilaian positif terhadap usaha yang dilaksanakan demi memastikan manfaat zakat disalurkan dengan sebaiknya.
Perkembangan Pembangunan Sekolah Ibn Khaldun
Manfaat Zakat Bersama Sekolah Rendah Ibn Khaldun
Resit Rasmi Zakat bagi Potongan Cukai Pendapatan LHDN
Membantu Usaha Pembinaaan Kompleks Sekolah Ibn Khaldun yang lengkap bernilai RM 22 juta
Membantu Aktiviti Pembangunan Interpersonal & Sahsiah Serta BERSAMA MELAHIRKAN PELAJAR BERADAB, PENCINTA ILMU DAN PENCINTA AL-QURAN.
Terima Kasih Kepada Syarikat yang Menunaikan Zakat Bersama Kami
FAQ Zakat: Apa yang Anda Perlu Tahu
Siapakah yang wajib membayar zakat?
Zakat wajib dibayar oleh:
Individu Muslim.
Baligh dan berakal.
Memiliki harta yang mencukupi nisab (jumlah minimum) dan cukup haul (tempoh setahun hijrah).
Apakah perbezaan antara zakat dan sedekah?
Zakat: Wajib, jumlah dan penerima ditentukan oleh syarak.
Sedekah: Sunat, jumlah dan penerima lebih fleksibel.
Adakah zakat boleh menggantikan cukai?
Di Malaysia, pembayaran zakat oleh individu Muslim boleh dikira sebagai rebat cukai (pengurangan jumlah cukai yang perlu dibayar) sehingga jumlah cukai yang dikenakan.
Jika saya terlewat membayar zakat, adakah perlu membayar semula (qada)?
Ya, zakat yang terlepas wajib dibayar semula kerana ia adalah kewajipan yang tidak gugur sehingga ditunaikan
Apakah jenis-jenis pendapatan yang termasuk dalam kiraan Zakat Pendapatan?
Zakat Pendapatan dikenakan ke atas semua jenis pendapatan halal yang diperoleh, termasuk:
Gaji Bulanan
Pendapatan tetap daripada pekerjaan.
Bonus dan Elaun
Bonus tahunan, elaun kerja lebih masa, atau elaun khas.
Pendapatan Sambilan
Hasil daripada kerja sambilan seperti perniagaan kecil atau perkhidmatan freelance.
Keuntungan daripada Pelaburan
Dividen saham, keuntungan pelaburan unit amanah, atau hasil sewa harta.
Royalti dan Honorarium
Pendapatan daripada penerbitan buku, muzik, atau hasil seni lain.
Pendapatan Profesional
Bayaran kepada doktor, peguam, arkitek, atau perunding atas perkhidmatan mereka.
Ganjaran atau Pampasan
Wang ganjaran daripada persaraan atau pampasan lain yang diterima.
Pendapatan Lain yang Halal
Semua bentuk pendapatan lain yang tidak bertentangan dengan syariah, seperti upah kerja sementara atau hadiah berbentuk wang.