Audit Fizikal Tabung Amanah Zakat Sekolah Rendah Ibn Khaldun Terima Maklum Balas Positif
Sekolah Ibn Khaldun telah menerima kunjungan daripada Lembaga Zakat Selangor (MAIS) bersama Jabatan Audit Negara pada 25 November 2024 bagi pelaksanaan audit fizikal ke atas Tabung Amanah Zakat Sekolah Rendah Ibn Khaldun.
Proses audit yang berlangsung di premis sekolah mendapat maklum balas yang baik daripada pihak berkenaan, sekaligus mencerminkan pengurusan zakat yang telus dan efisien oleh pihak sekolah.
Pihak sekolah merakamkan penghargaan kepada LZS dan Jabatan Audit Negara atas kepercayaan serta penilaian positif terhadap usaha yang dilaksanakan demi memastikan manfaat zakat disalurkan dengan sebaiknya.



