Kalkulator Kira Zakat Emas

Nilai Layak Zakat Emas

Tahun Kategori Berat (gram)
2025 Emas Perhiasan Dipakai (Uruf) 800
2025 Emas Yang Disimpan/Tidak Dipakai (Nisab) 85

Harga Emas Semasa

Bil Ketulenan (Karat) Jenis Emas Harga/gram
1 24K 999 RM 584.28
2 23K 950 RM 555.06
3 22K 916 RM 535.20
4 21K 875 RM 511.24
5 20K 835 RM 487.87
6 18K 750 RM 438.21

Harga emas berubah setiap hari. Semak kadar terkini di laman rasmi Lembaga Zakat Selangor: https://www.zakatselangor.com.my/info-semasa-nisab-emas-perak/

Penerangan

Mata wang wajib dikenakan zakat kerana ia boleh digunakan untuk bermuamalah sama dengan emas dan perak. Wang sama ada berbentuk kertas, syiling atau sebagainya setaraf dengan emas dan perak sebagai satu kuasa membeli.

Nisab zakat emas adalah berdasarkan nilai semasa bagi nisab emas 20 mithqal (85 gram) atau perak (595 gram). Jumhur fuqaha telah menyandarkan nisab wang kepada nisab emas (85 gram).

 

Dalil Wajib Zakat

Dalil Al-Quran:

وَٱلَّذِينَ يَكْنِزُونَ ٱلذَّهَبَ وَٱلْفِضَّةَ وَلَا يُنفِقُونَهَا فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ فَبَشِّرْهُم بِعَذَابٍ أَلِيمٍۢ ۝٣٤

Maksudnya:

“Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka kabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya”
(Surah At-Taubah : Ayat 34)

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Saidina Ali telah meriwayat bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: “Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan telah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya 5 dirham , dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu matawang zaman dahulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan telah cukup haulnya diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.”
(Hadis riwayat Abu Daud)

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Setiap pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya maka pada hari kiamat dijadikan kepingan lalu dibakar dalam api neraka kemudian diselar rusuk dan belakang mereka; setiap kali kepingan itu menjadi sejuk ia kembali dibakar semula pada hari yang kadarnya bersamaan dengan lima puluh ribu (50,000) tahun sehingga ia dihukum di antara hamba-hamba Allah maka dilihat jalannya sama ada ke syurga atau ke neraka”.
(Hadis Riwayat Muslim)

 

Infografik Zakat Emas

Kaedah Kiraan Zakat Emas & Perak:

Emas Perhiasan Wanita ( اَلْحُلِيّ )

Iaitu emas yang digunakan untuk perhiasan badan wanita, perkakasan atau perabot sama ada digunakan sekali-sekala atau berterusan. Emas perhiasan wanita wajib dizakat apabila jumlah beratnya melebihi ‘uruf(adat kebiasaan). Kadar uruf emas di negeri Selangor ialah sebanyak 800 gram (kadar uruf semasa).

Contoh:
[(Berat emas – Uruf) x harga emas semasa x 2.5%]
(900 gram – 800 gram) x RM144.38 = RM14,438 x 2.5% = RM360.95
 
Emas Bukan Perhiasan ( غَيْرُالحُلِيّ )

Iaitu emas yang dimiliki bukan untuk tujuan perhiasan sama ada dalam bentuk matawang, jongkong, tempa, barang kemas dan seumpamanya.

Ia dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah yang ada sekiranya kadar yang dimiliki itu sama atau melebihi nisabnya iaitu 85 gram. Ia tidak sama dengan emas perhiasan wanita. Nisab emas yang tidak dipakai ialah sebanyak 85 gram.

Contoh:
Timbangan emas x harga semasa x 2.5% = Jumlah Zakat
100 gram x RM144.38= RM14,438 x 2.5% = RM360.95

 

Emas Bercagar

Emas yang digadai adalah milikan sempurna dan wajib dizakatkan setelah ditolak nilai pinjaman dan upah simpan.

Contoh:
[(Berat emas semasa x harga semasa) – Nilai Pinjaman – Upah Simpan] x 2.5% = Jumlah Zakat
[(200 gram x RM144.38= RM28,876) – RM10,000 – RM76] x 2.5% = RM470
 
Perak

Bagi logam perak, samaada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak (disimpan sebagai perhiasan di rumah), maka pengiraannya adalah berdasarkan nilai barang perak tersebut. Nisab bagi perak adalah sebanyak 595 gram atau lebih

Contoh:
600 gram perak x RM2.45(segram pada 30 April 2014) x 2.5% = RM36.75

 

Pelaburan Emas Tanpa Fizikal Tidak Patuh Syariah

Pelaburan emas tanpa fizikal tidak patuh Syariah (ditaksirkan zakat simpanan)

Pelaburan ini menggunakan nilai harga emas semasa sebagai sandaran pelaburan mereka kerana pihak institusi sebenarnya tidak memiliki emas secara fizikal.

 
Hukum

Hukum pelaburan seumpama ini adalah tidak sah dan haram. Ia termasuk dalam kategori jual beli sesuatu yang tidak wujud secara fizikalnya dan juga jual beli sesuatu yang tidak dimiliki oleh pihak yang menjualnya. Akadnya batil kerana tidak mencukupi syarat termeterai akad dari sudut kelayakan bertransaksi dan subjek yang diakadkan.

Segala keuntungan yang diperolehi daripada pelaburan ini adalah haram. Jadi ianya tidak wajib dizakatkan.Walau bagaimanapun, modal atau pokok pelaburan adalah harta yang halal. Oleh itu, jika ia melebihi Nisab, maka zakat wajib dikeluarkan sebanyak 2.5% daripada jumlah modal tersebut.

Manakala dalam keadaan Akad Fasid kerana tidak mencukupi syarat sah / rukun jual beli , tetapi diakhiri dengan berlaku proses qabd (pindah milik), maka diwajibkan zakat ke atasnya kerana status pemilikannya adalah sempurna. Iaitu wajib zakat (atas kedua – dua prinsipal dan keuntungan) untuk transaksi yg akadnya fasid tetapi disertai qabd.

 
Status Zakat Terhadap Pelaburan Emas Tidak Patuh Syariah
Jenis AkadKeteranganStatus PemilikanStatus Zakat
Akad BatilAkad yang tidak mencukupi syarat termeterai akad dari sudut kelayakan bertransaksi dan subjek diakadkanTidak SahTidak Wajib
Akad Fasid tanpa Berlaku QabdAkad yang tidak mencukupi syarat sah jual beli dan tidak diakhiri dengan qabdTidak SahTidak Wajib
Akad Fasid dan Berlaku QabdAkad yang tidak mencukupi syarat sah jual beli, tetapi diakhiri dengan qabdSahWajib

Sumber: https://www.zakatselangor.com.my/info-zakat/zakat-kewajipan-berzakat/jenis-jenis-zakat/zakat-emas-perak

Soalan Lazim

Bergantung pada uruf (kebiasaan) negeri masing-masing.

2.5% daripada jumlah berat emas yang disimpan.