Nisab Zakat Padi

Tahun Harga semasa / gram
2025 RM1.20 / 1,306 kilogram

Kalkulator Kira Zakat Padi

Penerangan

Dalil Zakat Petanian

 
Kewajipan menunaikan zakat pertanian telah disebutkan secara terang dan jelas dalam al-Quran yang bermaksud:
Dan Dialah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar; dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman-tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya; dan buah zaiton dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya.
(Surah Al-Anam (6): 141)

Rasulullah SAW telah bersabda melalui hadis yang bermaksud:
Dari Salim bin Abdullah dari bapanya RA dari Nabi SAW bersabda: Pada tanaman yang diairi dengan air hujan, mata air, atau air tanah maka zakatnya sepersepuluh (10%), adapun yang diairi dengan menggunakan tenaga maka zakatnya seperduapuluh (5%).
(HR Bukhari)

Nota: Pilihan diberikan kepada pengusaha untuk mengira sama ada menggunakan kaedah Zakat Pertanian ataupun kaedah Zakat Perniagaan. Kebiasaannya hanya makanan asasi sahaja yang dikira mengikut kaedah Zakat Pertanian. Manakala bagi tanam-tanaman yang lain akan dikira mengikut kaedah Zakat Perniagaan.
 

Soalan Lazim

Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (bilangan 6/2017) telah meluluskan bahawa kaedah pengiraan zakat padi:
Zakat Tanaman Padi = 5% X hasil bersih jualan padi (yang mencapai nisab padi)

Nisab Padi adalah 1.306 tan.

Harga Jualan Padi Semasa (1kg) contohnya = RM1.20

Oleh itu, dalam mengira zakat ke atas padi hendaklah menolak terlebih dahulu perbelanjaan yang terlibat, seperti upah membajak, baja dan sebagainya.