𝗣𝗲𝗻𝗼𝗹𝗼𝗻𝗴 𝗔𝗺𝗶𝗹 𝗭𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗦𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 𝗜𝗯𝗻 𝗞𝗵𝗮𝗹𝗱𝘂𝗻 𝗥𝗮𝗶𝗵 𝗗𝘂𝗮 𝗔𝗻𝘂𝗴𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗣𝗿𝗲𝘀𝘁𝗶𝗷
Alhamdulillah, Pada 7 Julai 2026 (Selasa) – Penolong Amil Zakat Sekolah Ibn Khaldun sekali lagi melakar kejayaan apabila menerima dua anugerah berprestij pada Majlis Penghargaan Majikan dan Ejen Kutipan Zakat Selangor 2026 anjuran Lembaga Zakat Selangor.
Dua pengiktirafan yang diterima ialah:
Kejayaan ini membuktikan komitmen Sekolah Ibn Khaldun dalam memperkasa dakwah zakat melalui pendekatan yang kreatif, inovatif dan dekat dengan masyarakat. Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi memudahkan urusan pembayaran zakat, meningkatkan kesedaran serta menggalakkan lebih ramai masyarakat menunaikan kewajipan zakat melalui saluran yang sah.
Pengiktirafan ini juga menjadi bukti bahawa institusi pendidikan mampu memainkan peranan besar sebagai rakan strategik Lembaga Zakat Selangor dalam memperluaskan budaya berzakat serta membantu lebih ramai asnaf menerima manfaat daripada kutipan zakat.
Sekolah Ibn Khaldun merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Lembaga Zakat Selangor atas pengiktirafan yang diberikan serta mengucapkan terima kasih kepada semua pembayar zakat yang terus memberikan kepercayaan kepada Penolong Amil Zakat Sekolah Ibn Khaldun.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh usaha menyebarkan kesedaran zakat dan memberikan impak yang lebih besar kepada pembangunan ummah.